Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kerajaan Syria sekali lagi menggesa Turki untuk segera menarik keluar pasukannya dari bandar Afrin, Syria dengan menukilkan kenyataan para pegawai Turki sendiri yang mendakwa bahawa ancaman keselamatan yang ditimbulkan oleh pasukanmilitan Kurdis telah berakhir.
Dalam sebuah laporan yang diterbitkan oleh agensi berita rasmi Syria, SANA pada hari Isnin; sumber rasmi di Kementerian Luar berkata bahawa Damsyik mengulangi gesaan mereka supaya pihak terbabit memulakan "penarikan segera keluar pasukan Turki tanpa sebarang syarat dari wilayah Syria."
Pegawai tersebut merujuk kepada sebuah kenyataan yang dibuat oleh pegawai Turki baru-baru ini berhubung pengkhiran "ancaman keselamatan" yang ditimbulkan oleh pasukan militan di wilayah Afrin. Ancaman itu sebelumnya dijadikan sebagai alasan oleh Ankara untuk pengerahan tentera mereka ke bandar milik Syria tersebut. Ankara juga telah menetapkan pembasmian ancaman tersebut sebagai prasyarat untuk menarik balik pasukannya dari wilayah Syria.
"Sekiranya kita memandang serius kenyataan pegawai rejim Turki buat kali ini -yang kerap kali menipu dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti- persoalan yang timbul ialah: Jika ancaman keselamatan yang didakwa (oleh mereka sebelum ini telah) tamat, apakah yang ditunggu oleh pihak pemerintah dari Parti Keadilan dan Pembangunan untuk menarik diri pasukannya dari Syria?" kata sumber itu.
27 Mac 2018 - 16:46
News ID: 887164
Kerajaan Syria sekali lagi menggesa Turki untuk segera menarik keluar pasukannya dari bandar Afrin, Syria dengan menukilkan kenyataan para pegawai Turki sendiri yang mendakwa bahawa ancaman keselamatan yang ditimbulkan oleh pasukanmilitan Kurdis telah berakhir.